CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Thursday, June 16, 2011

"GA cerpen Si oh! Umar"


 
*gambar hiasan

   Nama aku Umar a.k.a Umar. umur aku 23 tahun. Aku budak kampung. Kampung aku nama 'Kampung Tenggelam', sebabnya, kampung aku akan tenggelam kalau hujan lebat turun. Aku nie xla hensem, tapi manis tu adalah...Aku ada dua orang sahabat yang setia dengan aku, Mat, Yop dan Din. Merekalah segala-galanya bagiku didunia ini selain keluarga aku. Setiap petang, hobi aku main bola. Tiap-tiap petang aku main bola bersama kawan-kawanku di padang bola kat hujung kampung. Kami pergi naik basikal je. 


   Pada satu hari, ketika pulang dari main bola, Tok Saman, ketua kampung aku memanggil aku dan rakan-rakan. katanya "Umar, Mat, Yop, Din, kamu semua ni dari mana?". "kami dari padang tok, kenapa tok?" jawab Yop. "Tok ada hal nak habaq kat hangpa ni, tok nak hangpa mewakili kampung kita untuk aktiviti mendaki Gunung Jerai besok, boleh ka??" tanya Tok Saman. Kami terdiam sesama sendiri. Lalu akupun bersuara setelah berbincang dengan rakan-rakanku "baiklah tok, kami setuju. besok pagi kami pergi". Setelah kami berbincang dengan Tok Saman, kamipun pulang ke rumah.
   
Ketika di Gunung Jerai....

   Semua wakil-wakil kampung berkumpul, aktiviti pertama yang dijalankan ialah aktiviti memanaskan badan. Kami turut sama menyertai takut-takut kejang pulak otot-otot kt atas gunung nanti..Setelah itu semua peserta dilepaskan..diawal pendakian tidaklah sukar. ketika hampir ke puncak, tiba-tiba aku terdengar satu suara. "Ummi, awak okey ke? kalu tak ok jom ikut sara turun semula". Aku menoleh. Aku terlihat seorang gadis yang sedang membongkok dan kelihatan agak lemah dan seorang lagi sedang memangku rakannya itu. "Aku okey je sara, dah nak sampai ni jom lah jalan terus tak jauh lagi nih" kata gadis bernama ummi dengan perlahan..wajahnya manis, memang sedap dipandang.."Ummi..."aku tersenyum melihat ummi. mereka berdua terus berlalu, meneruskan pendakian. Aku tidak lepas memandang gadis itu. dengan tak semena-mena hatiku berdebar-debar. "Berkenan ke Umar, dari tadi dok ushar baik punya kat awek tu??" usik Din, tak sangka gelagat aku tadi diperhatikan kawan-kawanku.."tak dak lah wey, aku tengok ja kot kot jadi apa-apa ka...", alasanku. " p0orah!! ingat aku kenai hang sehari dua ka umar??" kata Yop. Aku terdiam tanda mengiakan kata-kata Yop. Yop memang selalu dapat meneka apa yang aku fikirkan. memang dasar nujum pak belalang!.. semua pasal aku semua dia tahu. Kami meneruskan pendakian walaupun kabus semakin tebal.

   Ketika sampai dipuncak gunung, semua peserta diberi rehat selamat tiga jam sebelum meneruskan perjalanan turun pula..aku dan kawan-kawanku mengambil keputusan untuk berehat dipondok menghadap sungai. Aku melihat pemandangan sawah padi yang menghijau luas terbentang. memang indah ciptaan-Nya..Tiba-tiba aku teringatkan gadis tadi. Ekor mataku tercari-cari tubuh kecil Ummi..ternyata Ummi sedang berehat sendirian di pondok bersebelahan denganku. Hatiku lega, lalu aku pergi ke pondok ummi, gadis itu kelihatan penat.

Umar : Assalamualaikum..
Ummi : Waalaikumsalam..
Umar : Sorang je, mane kawan awak tadi? (kataku)
Ummi : (senyum) dia pergi mengambil makanan.
Umar : saya Umar, awak?
Ummi : saya Ummi Hanna.

Cantikknya namamu, secantik rupamu. Aku meneruskan perbualan bersama ummi. Ternyata gadis ini peramah, aku senang berbual dengannya..bertanyakan tentang latarbelakangnya. Dari jauh lagi aku dapat melihat rakan-rakanku yang tersengih-sengih melihat keletahku mengorat Ummi..Aku hanya mampu tersenyum kepada mereka,    mungkin mereka memahami lumrah kumbang mahu memikat bunga. Perkenalan aku dan Ummi bukan setakat diatas gunung sahaja, malah aku selalu menghubungi Ummi setelah pulang kekampung..kerana dari saat itu aku ingin mengenali Ummi dengan lebih rapat. 

3 Tahun kemudian..

   Bak kata orang, kalu dah jodoh tu takkan kemana. hari ini Ummi Hanna sah menjadi isteri Umar..Gunung Jerai menjadi tanda perkenalan mereka..

.............................................................................sekian..................................................


nie je cerpen pendek yg sempat sy siapkan dalam masa 4 jam...besalah tak pr0 pun...terima kasih saya ucapkan kepada mereka yg sudi membaca cerpen yg tak seberapa best nie...diwaktu pagi begini orang kate banyak dapat idea tapi apakan daya mata sudah mengantuk kepala sudah letih memikirkan jalan cerita ini...ending xbest..pendek sanad..pepun enj0y..


oh umar ke oh ummi??? dem!

6 comments:

fRaMe+LenSeS said...

waaahhhh.. besh la dik. ai like.. hihihi

NOOR FATIN said...

fuyoo! hehe bersatu jua mereka. cinta di gunung jerai :P

UYC said...

wahh terbaekk thnx sb join :)

Hans said...

cayalah
gunung jerai saksi pertemuan mereka
terbaik
hehehe

Review Filem Green Lantern

Miss Ran said...

wahahaha

kelaka je

gnung jerai pun oke

farhana said...

terime kasih semua..terharunye..ade jugak yg komen cerpen yg x seberape ni..=)

terima kasih kerana sudi membaca blog saya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...