CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Tuesday, December 25, 2012

Keje keje keje...

abg ruby & cik siti...  

 budak nie perasan..hihih

sempat lg posing si siti ni..hihihi..  

0rang ni x tawu gambar die ade dalam blog nie..hihihi  

diriku umpama semut..  

inilah hasilnyaa... 

terowong masa hadapan.. 

jumpe drawing ade name saya...yay..! 

 designer jutasama...abg ruby..



Wednesday, December 19, 2012

I-City...Best!!



Friday, November 30, 2012

NUSATEK - Bermulanya Disini..




Assalamualaikum...agaknye da lame tak update blog nie..so sudah hampir setahun agaknye...semalam (29/11/2012) merupakan hari terakhir saya bekerja di tempat pertama saya mencari rezeki... NUSATEK. Terasa begitu cepat masa berlalu...bermula dari hari pertama datang menjalani latihan industri sehinggalah diambil bekerja kemudian berhenti...banyak pengalaman dan ilmu yang saya belajar sepanjang bekerja disini..ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua staff disini kerana banyak membantu. Saya hanya menganggap mungkin jodoh saya bekhidmat disini tak panjang...hihihihi..kerjaya saya segalanya bermula disini..luv u olls... <3 Doakan kejayaan saya ditempat baru..wassalam..


                                                               akmal, saya & rambo

lebly kak dayah & saya

 ditempat kerja

 sebahagian dari semuanya








Monday, June 18, 2012

Buatmu Bakal Suamiku..


     Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. 

     Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. 

     Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku. 



Dariku,

Bakal Isterimu..

Monday, April 9, 2012

Mendua

Ku tak habis fikir, kurangku dimana, Kau tegar melepaskan aku... Jauhku menatap, namun terlalu jauh. Imaginasiku terberai... Terdiam aku, beku tanpamu. Dimanakah letaknya hatimu.. Kau putuskan untuk mendua dengan dia dibelakangku, padahal ku pilih diri kamu jadi yang terakhir.......


*gambar hiasan

Sunday, April 8, 2012

K Will - Struck Dumb


"sukerrr dengar rentak lagu nie..""

Thursday, March 22, 2012

Jika Aku Tak Jumpa Kau..

Aku sering menagis sendirian, bukan kerana mahu kamu kembali kepadaku, bukan kerana aku tidak boleh melepaskanmu, tetapi kerana merasa harga cintaku terlalu murah untuk dimiliki...dirimu begitu kejam. .Ternyata memberi cinta pada bukan pemilik mutlaknya memang tidak pernah merasa bahagia. Kini, hari-hari yang aku tempuhi hanya untuk melupakan dirimu...membuang rasa cinta yang pernah membahagiakan hati. Mungin apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya..kini aku hanya mencari diriku yang dulu. Moga waktu dapat mengubah segalanya..kesalahanmu terlalu besar untukku maafkan kerana ianya terlalu mengihiris hati, namun akanku cuba lupakan, meskipun kadang-kadang aku gagal sendiri..-peace-




Tuesday, March 20, 2012

Lagu Nikita...

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu
Berjuta pilihan disisiku
Takkan bisa mengantikanmu
Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu menjadi yang terbaik
Dan masih menjadi yang terbaik
Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku
Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti
Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu jadi yang terbaik
Dan masih jadi yang terbaik .......


*sekadar gambar hiasan...hehhehee,,


Wednesday, October 12, 2011

AnnuaLCamp2011

At Rejimen 506 Kem Sg. Durian, Kuala Krai, Kelantan DN


Kem Sg. Durian Kuala Krai

Pantai Irama, Bachok

Belum Rainforest, Banding

ILoveULikeALoveSong


special song 4r Some0ne Special....


Wednesday, September 14, 2011

Tiy&Qus...&M0nster

Assalamualaikum,,kali nie entry baru sal haiwan peliharaan yg chumel2 nie...sebenarnyer tertarik jugak ngan hemster nie...yg nie spesis roborovski...antara yang terkecil la,,so, rumah die pun kecik je la..


alalaa...td0 pown comel..

ade 3 ekor Tiy, Qus & M0nster (nadianyerr...)


Monday, September 5, 2011

AbangNgahBertunang....

Assalamualaikum....haha, hari rayer niy x semestinyer org beraye je..orng bertunangpun ade..termasuk lah abg ngah...C0meyyyy...gege..=)

 bagai pinang dibelah duee...

 peewiitt....!!

mane kak ina????

pepun 
SELAMAT BERTUNANG ABG NGAHHH!!!

Saturday, August 20, 2011

Doa Ketika Menemui Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar..


Antara doa yang dianjurkan oleh Nabi SAW ketika berjumpa tanda Lailatul Qadar..

عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها أنها سألت النبي صلى الله عليه وسلم : يا رسول الله أرأيتَ إن علمتُ أي ليلةٍ ليلة القدر ما أقول فيها ؟ قال قولي : اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
رواه الترمذي وقال هذا حديث حسن صحيح.

Diberitahu bahawa Sayyidatina Aisyah rha pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w bahawa seandainya dia memperoleh (tanda-tanda) Lailatul Qadar maka apakah suatu ucapan yang patut dibacakan maka baginda menjawab dengan suatu doa yang menyeluruh.

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya : Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia sangat suka kepada kemaafan maka maafkanlah daripada kesalahanku

 Rujukan : http://www.al-bakriah.com.my & murabby.com

LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN



          10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


Sebab turun surah al-Qadar

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."


Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.


Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan didalam hadis berikut,

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.


Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.



Friday, August 19, 2011

NicePicToShare..!!





credit to Emyz Ismail....

Monday, August 15, 2011

Membl0gkanDiri..


Sedang dan masih mencari ilham untuk menulis semula blog kerana segala idea2ku terkunci dek kerana sebulan berkursus...blurr...

Monday, August 8, 2011

KursusKadarSiri 1/2011









Haaha...bulan lepas sy x tulis 1 entri pun...sebabnye sy pergi kursus kadar lah...sebulan menghitamkan diri beb! apepun best sebab dapat jumpe ngan kawan-kawan baru..ni lah antara gmbar2 yg x seberapa yg nk saya kongsikan bersama kawan-kawan..ade bnyk lagi tp tunggu next time ok..lalalala..

mish u 0ll's

Monday, June 27, 2011

^_^ lalalala



tajuk entri ni xde kene mengena dengan ape sy nk ckp sy pening nk tulis tajuk pe...lalala.
^
^
^
^
cuti facebo0k
cuti membloGging
cuti-cuti cinta
sampai habis cuti semester

hahahaha...sebeb pew...?? sy nak g kursus selama sebulan...s0 xcited k..s0 kepada sedareku n kawan2ku yang akan menamatkan zaman bujang tu,,Selamat Pengantin Baru diucapkan, s0ry nana xdpat datang...ramainye nk kawen...

aku?? 
SILA JANGAN TANYA OK..OK BYE!

Sunday, June 26, 2011

Nissan Esflow..w0w!!





Urmm..kereta yg berjaya membuatkan biji mate ak terbeliak dengan bulat pada bulan ini ialah kereta Nissan Esfl0w ni haa...exteri0r n interi0r designnya sangat cantik..umm..xtaw la plak kete ni dh kuar ke atau just untuk pameran saje or c0ncept....j0m la ushar same-same...0yesh!


exteri0r

seakan-akan mini co0per tp bahagian depan kereta agak panjang..

pandangan belakang adelah ala-ala bmw x6 ckit...pendek je..senang nk park kete..haha

mmg smartlah keteni..ad0ii..

mcm ferrari pun ade gak..

kan? kan?

Interi0r

teng0k..ley dok c0uple je k..sebab tu adepenghadang kt tengah2..safety skit..hihi

kalu ley tukar kaler seat kete nie aku nk kaler pink ley x?


terima kasih kerana sudi membaca blog saya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...