CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Wednesday, May 11, 2011

Lelaki Pembawa Kuman Punca Kanser Serviks??





Kanser  serviks atau kanser pangkal rahim merupakan kanser yang utama berlaku di kalangan wanita. Di seluruh dunia hampir setengah juta  wanita menghidapi penyakit ini dan menyebabkan lebih daripada suku juta kematian.. Salah satu faktor penyumbang utama kepada pembentukan kanser ini ialah jangkitan kuman Human Papilloma Virus (HPV). Jangkitan HPV merupakan penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku. Ia boleh menjangkiti lelaki dan wanita dan lazimnya  ia disebarkan melalui  hubungan seksDisebabkan jangkitan tidak mempunyai apa-apa tanda dan tiada ujian yang berkesan dapat dijalankan untuk mengesan virus HPV tersebut maka ujian pap smear secara berkala sahaja merupakan satu-satunya cara yang dapat mengesan masalah ini pada peringkat awal. Ujian pap smear dapat mengesan perubahan tisu pada pangkal rahim yang mungkin disebabkan oleh virus tersebut. Kajian yang dijalankan ke atas  lelaki pula, mendapati kebanyakannya tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya turut memainkan peranan penting dalam kejadian kanser pangkal rahim di kalangan wanita. Kebanyakan lelaki tidak mengetahui bahawa sebagai pembawa kuman HPV mereka boleh memindahkan kuman tersebut kepada pasangannya dan akhirnya meningkatkan risiko pasangannya untuk mendapat kanser pangkal rahim.   Setakat ini masih tidak terdapat cara yang berkesan untuk mengesan dan merawat virus ini. Cara terbaik bagi mengelakkannya ialah dengan mengamalkan hubungan seks yang selamat, setia  dan mengelakkan daripada melakukannya dengan pelbagai pasangan. Mereka yang mempunyai ramai pasangan seks atau pasangan mereka mempunyai ramai pasangan seks mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk dijangkiti virus ini. Perkembangan terkini memperlihatkan penggunaan vaksin bagi mencegah kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV tersebut. Tambahan pula vaksin ini pula hanya berkesan terhadap mereka yang  masih belum dijangkiti virus tersebut. Oleh itu penggunaan hanya dicadangkan kepada mereka yang belum melakukan hubungan seks. Sebanyak 3 dos vaksin harus diberikan dalam tempoh masa 6 bulan bagi memberikan perlindungan selama 4 tahun. Ujian pap smear ini harus dilakukan oleh semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks  samada masih aktif ataupun sudah tidak melakukanya lagi. Ini  termasuklah mereka yang sudah  berpisah dengan pasangannya atau pun pasangannya telah meninggal dunia, kerana  perubahan tisu yang disebabkan oleh virus. HPV kadang kala mengambil masa yang lama untuk bertukar menjadi kanser. Kesimpulannya Pengetahuan serta  kefahaman terhadap faktor-faktor penyebab kepada kanser ini serta keupayaan lelaki dan wanita untuk mencegah diri mereka dari perlakuan seks yang tidak sihat dan pelbagai pasangan, dapat meyumbangkan kepada pengurangan kejadian kanser serviks.


Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:


* Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
* Perdarahan yang banyak
* Perdarahan yang berpanjangan
* Perdarahan di antara haid
* Sakit
* Kehadiran darah beku
* Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
* Sakit semasa hubungan seksual
* Perdarahan dari vagina selepas putus haid
* Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
* Berbau
* Bercampur darah



0 comments:

terima kasih kerana sudi membaca blog saya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...